PELAKON dan usahawan Tya Ariffin menerima kejvtan daripada suami, Asyraf Khalid iaitu sebuah kereta jenama Tesla bersempena hari jadi dan ulang tahun perkahwinan mereka.
Tya atau Nurtia Wulandari Ariffin, 28, dik3jutkan dengan hadiah istimewa itu sebaik sahaja pulang daripada menjalani penggambaran sebuah program televisyen pada Jumaat.
“Mereka dah berpakat semua. Tapi saya gembira dapat kereta. Terima kasih B,” katanya.
Hadiah kereta elektrik yang diterima Tya.
Asyraf atau Muhammad Asyraf Khalid, 30, menghadiahkan kereta Tesla berwarna putih itu sebagai penghargaan buat Tya yang menjadi seorang isteri dan ibu terbaik buatnya.
View this post on Instagram
Malah, Tya juga merupakan individu yang menjadi tulang belakang dalam perniagaan yang diusahakan mereka.
“Saya beri hadiah ini adalah bersempena ulang tahun perkahwinan kita dan juga hari jadi awak.
“Terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak kita serta pasangan terbaik,” kata Asyraf.
Tya menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-28.
Asyraf turut meningg4lkan kata-kata manis bersempena ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka dengan memberitahu kagum dengan kecantikan, kebaikan dan kerja k3ras Tya dalam semua perkara dil4kukan.
View this post on Instagram
โHappy 7th anniversary sayang! Alhamdulillah, sudah tujuh tahun kita mendirikan rumahtangga dan saya masih kagum dengan kecantikan, kebaikan dan dedikasi kamu terhadap semua perkara yang dil4kukan.
“Saya tahu saya tidak akan jadi apa yang saya ada sekarang tanpa sokongan dan kepercayaan awak,” tulisnya di Instagram.
Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 5 dan Azzahra Jiwa, 3 tahun.
Sumber :mStar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.