“Rambut Saya Aslinya Kerinting, Cuma…”,Nadiyah Shahab Cerita Sebab Kerap Pakai Rambut PaIsu

Pelakon dan usahawan,Nadiyah atau nama sebenarnya, Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 31, berkata pemakaian rambut p4lsu juga lebih mudah baginya kerana tidak perlu mengambil masa lama untuk bersiap.

Nadiyah Shahab meng4kui kini dia lebih gemar untuk mengenakan rambut p4lsu bagi menjaga kesihatan rambut aslinya.

“Tapi saya tidak nafikan ramai juga yang mengenakan rambut p4lsu bila keluar. Sama ada kita perasan atau sebaliknya,” katanya kepada MH.

“Kalau t4k berdandan (rambut) dengan betul, ia akan t4k menjadi. Sebab rambut saya aslinya memang kerinting. Cuma kalau nak hadiri majlis yang besar-besar barulah saya berdandan rapi.

Dalam pada itu, Nadiyah juga tidak menafikan rambut akan terd3dah kepada ker0sakan sekiranya kerap didandan atau digayakan.

Nadiyah yang kini fokus mengusahakan jenama Absolut bersama suaminya yang juga pelakon, Ben Ali berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Absolut Music Festival 2022 di MITEC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Rambut saya dah banyak kali hampir r0sak sebab terlalu banyak terd3dah kepada bahan kimia bila bersiap atau perlu digayakan banyak kali ketika jalani penggambaran.

“Jadi bagi saya cukup-cukuplah. Kini rambut saya bertambah sihat dari dalam,” katanya lagi.Sementara itu, Absolut Events & Management Sdn. Bhd. dengan kerjasama jenama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert percuma pada 4 hingga 6 November depan di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Acara berkenaan julung-julung kali diadakan yang menggabungkan muzik dan makanan dalam satu bumbung kepada para pengunjung yang hadir.

Antara nama-nama besar yang bakal terl1bat di dalam konsert percuma itu termasuk Akim & The Majistret, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats; Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi.

Sumber :Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

You cannot copy content of this page