Ramai Puji Penampilan Siti Sarah Bertudung Labuh

Penyanyi Siti Sarah menerima pujian wargamaya apabila tampak manis mengenakan tudung labuh melepasi paras dada.

Menerusi laman sosial, Sarah memuat naik sebuah video mengenakan tudung labuh tersebut untuk tatapan umum.

“Hijab kegemaran saya,” tulis Sarah sebagai kapsyen.

Menerusi video gerakan perlahan berdurasi 20 saat itu, Sarah berjalan sambil memakai tudung labuh berona oren pekat.

Penampilan Sarah tampak ayu dan sopan apabila dipadankan dengan jubah longgar dari warna sedondon.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan Sarah yang tampak begitu sopan dan cantik.

Malah, Sarah dilihat memberikan respon yang positif apabila ada pengikut yang mendoakan agar dia istiqamah dalam memelihara penampilannya.

“Makin lama makin sejuk mata memandang. Suka tengok macam mana awak berubah menjadi muslim yang lebih baik setiap hari,” komen seorang wargamaya.

“Masya-Allah cantiknya ciptaan Allah,”puji seorang wargamaya.

“Cantik sempurna pemakaiannya,” komen seorang wargamaya.

“Suka la tengok baju Sarah ni, cantiknya,” tulis seorang wargamaya.

“Kita makin sayang bila tengok kak Sarah pakai macam ni,” luah seorang wargamaya lagi.

 

View this post on Instagram

 

@lovetahq my favourite hijab ?

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on


Terdahulu, Sarah turut mengenakan tudung labuh dan jubah longgar pada sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 60,000 tontonan daripada warga Instagram.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

1 thought on “Ramai Puji Penampilan Siti Sarah Bertudung Labuh”

  1. Syukur alhamdulillah. Sejuk mata memandangkan. Semoga Sarah terus istiqomah. Aamiin

Comments are closed.

You cannot copy content of this page